MOTIVASI LUAR BIASA DAHSYAT

3 hikmah



Selama saya tidak bertugas memasukkan artikel-artikel terbaru ke blog iMotivasi.com, situasi “kelam” itu mempunyai hikmah tersendiri, antaranya…

1. Kadar pengunjung di blog rakan-rakan meningkat, khususnya rakan-rakan blogger yang menulis topik motivasi, keusahawanan, motivasi bisnes, motivasi islami, topik kejayaan.

2. Selesai membaca buku-buku motivasi klasik tulisan Napoleon Hill - Think and Grow Rich dan The Master Key To Riches dalam tempoh seminggu. saya tak dapat menahan diri dari membaca kedua-dua buku tu cuma dari sekali, akhirnya saya baca juga lebih dari sekali dalam minggu yang sama.

3. Banyak artikel-artikel lama di blog iMotivasi.com di’bongkar’ semula oleh ramai pembaca khususnya artikel dalam topik Law Of Attraction, The Secret dan kawalan emosi. Statistik webhosting menunjukkan ramai pembaca membaca artikel-artikel lama sepanjang pertengahan tahun 2007 hingga sekitar Mei s2008.

Paling mengharukan, makin ramai pengunjung datang dari luar negara, paling tinggi dari UK (United Kingdom).

Khusus kepada Anda, pembaca iMotivasi yang berada di luar negara, terima kasih saya ucapkan kerana mencadangkan artikel-artikel blog iMotivasi.com sebagai bacaan pilihan kepada rakan-rakan Anda dan kenalan Anda, thank you…

4. Ramai pembaca baru kini tidak lagi malu-malu untuk berkenalan. Ada yang selama ni jadi pembaca senyap sejak saya mula menulis blog, bermula dengan blog “ShueQry Berkata” lagi.

Terima kasih tak terhingga buat Nur. Nama Nur amat dekat dihati saya, tak kiralah ejaan namanya Nur, Nor atau Noor sekalipun. Walau siapapun dia yang bernama Nur, saya berdoa moga saya dapat bersua muka dengan dirinya satu hari nanti. Dia banyak membantu saya ketika Ramadhan 2007, dua tahun lalu.

Buat Nur, moga Allah merahmati hidup awak, moga Allah membahagiakan hidup awak.
 

Search site