MOTIVASI LUAR BIASA DAHSYAT

membangkitkan semangat ketika rasa malas datang


Mungkin Anda pernah rasa malas tetiba, kurang bermaya, lemas, bingung atau keliru..mungkin juga malas bangkit cepat dari tempat tidur, kepenatan atau nak mengangguhkan sesuatu kerja yang sepatutnya dibuat sekarang, macam memasak, menaip assignment, membuat kajian, masuk bekerja di waktu petang (bagi yang kerja shift) atau berkebun… er, contoh saja, contoh.

Malas, sikap negatif menyumbang kepada kelemahan diri, lantas menjadikan diri kurang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Untuk jadi bersemangat dalam situasi ini, kita gunakan cara ‘memberi janji kepada diri sendiri’.

Caranya begini. Beritahu diri Anda, yang Anda mahu buat sesuatu sekarang.

Bila dah siap nanti, ambil sedikit masa menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu, mungkin sesuatu benda atau perbuatan. Hadiahnya boleh dalam bentuk ganjarang masa bersantai-santai, makanan, rehat, menonton wayang, lepak depan tv atau ketenangan.

Contohnya, bila dah siap kerja nanti, hadiahkan diri sendiri dengan makanan yang enak, macam pizza perasa sate ke, roti canai inti sardin ke, apa-apalah makanan yang sedap. Ataupun, janji kepada diri sendiri, Anda akan mendengar lagu fevret Anda bila kerja dah siap nanti.  Mungkin juga, janji kepada diri sendiri mahu bersantai-santai menonton Astro, minuman ditangan kiri, keropok di tangan kanan.

Tapi, pastikan Anda betul-betul mengotakan janji yang Anda dah beritahu pada diri Anda tadi. Jika tidak, kita tak akan dapat melatih diri jadi bermotivasi. Tubuh Anda akan kurang memberi respon pada apa yang Anda setkan di minda apabila hal itu berlaku.

Lama kelamaan bila selalu buat camni, Anda boleh mengawal rasa malas, lantas mengurangkan tahap kemalasan menjadi makin sedikit, sedikit, lalu menghilang langkah demi langkah.

Minda kita cepat menumpu perhatian jika Anda ganjaran disebaliknya. Waktu kecik-kecik dulu, bila mak kita suruh kita sapu tangga ke, cuci kereta ke, mesti kita tak nak buat melainkan dia janji akan memberikan sesuatu sebagai ganjaran kepada kita bila kerja dah siap nanti.

Kita akan jadi bertenaga bila kita tahu apa yang kita buat tu akan dibalas dengan sesuatu yang kita suka.

Sukar untuk membuang malas sepenuhnya. Anda tak akan menang bila melawan malas, tapi Anda boleh menyalurkan malas ke masa lain, bukan masa ini. Maksudnya, Anda menangguhkan keinginan untuk bermalas-malas sekarang kerana Anda akan menikmati kemalasan tu pada masa lain.

Bertangguh boleh, tapi biarlah kita bertangguh dengan cara bijak.

Work hard in smart way!
 

Search site